Monday, June 30, 2008

Naratif Sepi....Konotasi Jiwa Kosong..

Khabir Bhatia. memang tersohor... penghasilan epilog tiga kisah ni cukup menyentuh hati. Umpama lagu The Lima yang turut dalam runut bunyi kisah ini ,
Di dalam mimpi kita berdua, mesra bersama dilamun cinta..
Oh tetapi keadaannya, aku sedar kau ada dia....
Kalau nak dengar lagu ni..boleh klik aje dekat blog aku ni..serius... meruntun jiwa.. Sebenarnya warkah Khabir Bhatia memang aku expect something yang sebegini... filem yang rasanya mengangkat martabat filem melayu..
Sepi dah ditonton dua kali... first time minggu lepas... tapi waktu tu tengok dalam keadaan letih..so aku tengok lagi hari ni dengan seorang rakan karib...tak leh beritahu sapa sebab member kita ni.. mmmmm.. terisak-isak keluar panggung.. Siapa ??? Secara keseluruhan.aku kagum dengan sinematografi yang indah, bait kata yang bermadah, emosi yang menerjah... dengan lakonan mantap pelakon senior...walaupun rasanya Baizura Kahar dan Syed Hussein nampak sedikit terlampau mencuba dengan watak yang diberikan. Afdlin tetap pelakon terbaik !!

Kisah Imaan ni boleh terjadi kepada sesiapa yang ada PTSD (Post Traumatic Stress Disorder) sehingga halusinasi menghantui diri sehingga tidak membenarkan cinta baru kedalam jiwanya.. Itulah cinta sejati sebenarnya...tetap dikenang walaupun dipisah dua dunia. Lakonan Pierre memang seperti disangka. Sebagai manusia kita harus redha dengan takdir dan hidup perlu diteruskan..Cerita ini ringkas tetapi berseni yang penuh dengan rona hidup yang kita alami sehari-hari.

Kisah Sufi sku hitungkan antara kisah paling sedih dalam tiga kisah ini.. Masih terngiang dialog..I LOVEU,I LOVE YOU TOO , I LOVE YOU THREE...sweet.. sebuah keluarga harmoni yang berakhir dengan dengan tragedi ditemukan dengan sebuah wanita yang inginkan kebahagiaan dengan adanya zuriat . Bermula dengan pelarian yang tak berhujung ,ditemukan oleh sebab kasut sukan yang terkoyak....lalu membibitkan rasa cinta seorang duda kematian isteri dengan isteri orang...Kompleks kisah ini... mengapa perlu ada cinta lain sedangkan pada zahirnya dimiliki orang lain ??? Kenapa hidup berdekad usia menghitung hari meneruskan rasa cinta di usia menjelang senja..??Kan lebih baik berterus terang dari memendam rasa..mmmm.Lakonan Eja dan Tony Eusop cukup cemerlang...



Kisah Adam.... harus bisa berlaku pd pria hari ni....mengharapkan hari langsung diri sendiri yang tak kunjung tiba. Bait `Mengapa harus bertemu kalau semata untuk berpisah ??"aaa...cukup menggambarkan kisah ini. Dua kisah terakhir ni membuktikan walaupun kita dirantai ikatan, tak semestinya ikatan itu dizahirkan dengan cinta yang mendalam. Lakonan Afdlin dan Vanida memang dalam kelas yang tersendiri..Terlalu gah dan besar impaknya. Tapi happy ending kisah ni menyebabkan aku rasa gembira kerana dua hati bersatu akhirnya..


Sepi ??? Ohhh Tuhan... jauhkanlah aku dari kesepian kerana konotasi nya jiwa kosong yang parah..Kembali kekasihku..kembalikan surgaku (petikan dari buku Khalil). Karya ini bukan sebarang karya biasa... emosi yang dibangkitkan cukup bergelora..memberikan satu impak yang maksima.. wajah baru dimensi filem negara.

Untuk memahami tulisan aku untuk entry ini... tontonlah SEPI kerana jangan ingat sepenuh hidup kita dipenuhi gelak ketawa... tunggulah saat SEPI yang berkunjung di hati kita jua....

16 comments:

Wahidah said...

tp i lg suke ayat2 cinta..tp i tk tgk sepi lg..so i tk bole nk komen lebih la..i nangis gile tgk ayat2 cinta..n i terus insaf...nak cr guy mcm fahri...n nak mengahyati cinta sebenar dlm islam...:)

SYUKS said...

sepi tak mampu buatkan I menitis air mata seperti CINTA.. tapi cerita dan gaya penceritaannya tetap menarik.. sinematografi dia pun best

SYUKS said...
This comment has been removed by the author.
SYUKS said...
This comment has been removed by the author.
Shah said...

Huwaaaa kata nak pegi tengok sekali... Tanak kawan... Hehe kena gi tengok la post call hari rabu ni. Malam ni kena tunaikan tanggungjawab blogging ni... Hehe

Anonymous said...

huhuhuhu ...shah yg nangis tu bukan aku, so bukan aku yg pegi dgn syukur, so kita masih kawan. he he he (denier!!!)
syukur yg hasut aku suruh tgk, lepas dari gym tu aku ingat nak beli cd je, dah tu dia ajak sekali...mula2 aku tak nak, aku nak tgk incredible hulk, tapi dia berkerass jugak nak aku tgk sepi. Abis since orang kata citer sedih dan jiwang kan, so aku pun paksalah airamta aku keluar, kalu tak syukur terasa kalau aku tak nangis, dan tak ada benda yg menarik nak diblogkan ... he he he.

Arel said...

Cinta mmg lg best. Sepi biasa2 ajer..

Inah said...

huiks..dah tgk sepi..nak pi ari rabu ni..sure kena sedia tisu siap2 :)

CATZ said...

hem..i like the way u describe the synopsis lah doc...sgt touching..nak menangis pula membacanya,,
nampak sgt best..sy harap saya ada kesempatanutk menontonnya..
ohhh..Hamdi ke yg teresak2 ituh...very de tak sangka..unsangkarable lahh doctor2 ni semua...hiks..

SYUKS said...

Shah : weiii... jangan cakap tanak kawan... sedih aku ... ha ha..anyway.. i dun mind tengok sekali lagi pun... memang best...la aku pun oncall tuesday ..accept case yer kalau aku refer.

Hamdi : pengakuan jujur... syabas.. ha ha..yesss..memang blogworthy.. ha ha

Arel : Mmmm memang naskah filem Cinta lebih kuat dan berat temanya berbanding Sepi.. tetapi gaya perceritaan Sepi pun menarik juga.. dan Sepi sebenarnya gagal buat aku menangis.. kurang sikit sentuhan jiwa..

Inah : Ya Inah...sokonglah filem mELAYU.Pei sekali dengan Shah dan BM ker sebab dia orang pun rancang nak tgk hari Rabu..

Catz : Mmmmmm orang tu dah buat pengakuan ikhlas... ha ha.. ooo touching ker... ni bolehlah i buat skrip untuk filem baru Khabir Bhatia nanti boleh tak???ha ha... memang gila gila happening tapi at spital memang control method larrrr..ha ha

@xiM said...

BEST LA BACA REVIEW SEPI NIH...MEMANG MENGGAMIT PEMBACA UNTUK MENONTON NYA..SILA MINTA ROYALTI NGAN KHABIR BHATIAR NANTI K....(*sowee tercaps lock..malas nak taip balik...)

PUTUBAMBU said...

wah.. dahsyat lah korang.. jiwang habis.. ekkeke..

tapi dr review2 yg aku baca.. cam sedih jek citer ni..

mmg nak kena gi tgk le ni...

Najib Ariyan Ali Basha said...

aku sebenarnya nak tengok syukur nanges bukan nak tengok sepi tu sangat... axim pun kata dia tak nanges... ada betul ka?? Abg kurang percaya lah Zim...kontrol maccho ker

Anonymous said...

i baru tgk semlm cerita nih.. menarik ada class tersendiri. (Baru aku faham apa yg ko tulis dekat sini :)) Cuma org2 dalam panggung bising.. probably dorang dah tgk 3 tiga kali.. (mcm pakcik laa). Gaya penulisan pn menarik.. bravo..

Sepi bagitau kita yang it can happen in every life stage.. sama ada orang itu single atau sudah berumahtangga.. It's complicated. Tapi paling best bila cinta adam jadi reality with happy ending (n hopefully sampai akhir hayat ).

Plg sadis.. case Sufi.. found his second luv but fallen at the wrong person n at wrong time. Destiny.. dah ketentunNya. Tak semua orang yang berkahwin itu bahagia dan tiada sepi..

Case Imaan..Parah. Cinta sejati supposedly cinta pada yang Satu.. Cinta manusia perlu seimbang, balance n tidak taksub..(peringatan utk aku jugak)

SYUKS said...

Axim : waaa kayalah aku kalau Khabir bhatia bayar royalti..

Putubambu : Sepi ni memang buat aku meroyan syahdu seminggu lamanya.. sekarang ni dah okey.. dah tak bermadah madah dah pun.. ha ha.

Beruang MAdu : Huh.. nak tengok aku menangis...mmm . senang jer tusuk kerikil tajam ke jantung hatiku, biar ia hancur berkecai ... he he...alaa madah lagi.. he he

Ekin : yeah.. memang kisah Sufi paling sedih sekali..terima kasih kerana suka gaya penulisan review tentang filem tu di blog aku ni... anyway..bila nak gi tengok wayang sama sama macam dulu lagi ni... dah lama ..seingatnya last sekali filem siam tu kan??

Anonymous said...

Before getting ticket for this movie,simply check online reviews. Yes, definitely am going. Wassalam.