Saturday, June 28, 2008

Adam vs Mulan Jameela



" Kamulah makhluk Tuhan, yang tercipta yang paling sexy "...inilah lagu popular dalam album Mulan Jameela yang terbaru. Sememangnya album ini ditunggu-tunggu kerana keunikan lagu yang sexy dengan sentuhan arabic ni sikit. Memang kalau kat gym dengar lagu ni dengan Ipod aku memang layannnn habis .. dan semangat jer waktu buat exercise dan weight training.. coz feel sexy after hearing the song.. ha ha... tak de makne nyer...sahlah ada yang kutuk aku lepas ni.. ha ha..

Vokal Mulan tak lah sehebat mana sangat tetapi bagaimana dia menyesuaikan suara sexy nya tu dengan lagu yang dibawanya tu tampak menarik.. tetapi lagu lagu lain dalam album ni kurang menyengat sikit. Cover album dia menarik.... cantik banget.. artistik.

Adam lahir dengan album ke tiga beliau..... KRU still produce album ni walaupun desas desus kontroversi tentang dia. Vokal Adam pun sebenarnya kategori Mulan versi lelaki lah.. tetapi yang menariknya album ini fast songs nya memang best dan catchy. Lagu seperti Tukang Gempak dan Robot memang menarik sekali... Tetapi trademark lagu lagu KRU jelas nampak ..Tapi cover album ni simple dan aku suka ...ntahlah pendapat orang lain..

Antara dua album ni bolehlah dikatakan seri....

No comments: