Hari ni aduh... letih banget. Aku mulanya memang nak ke gym FF lepas Maghrib sebab badan aku dah rasa tak sedap dan kekurangan kalau tak tunaikan rutin hidup tu. ha ha.. Betulllll.. kalau tak exercise jadi cam ni kalau exercise baru okay. Tapi round dekat Cardiac care unit tu habis nearly 7 pm, tengok new case admission . Sampai rumah 10 minit kemudian. Lepas Mahgrib... kemalasan pulak sebab : 1) rumah tunggang langgang kena rapikan 2) kerja bertimbun timbun untuk projek thesis 3) Kos petrol naik kalau nak drive ke Menara Manulife tu... So.. tak jadi.. lepak kat rumah aje buat benda benda yang boleh dibuat.
Sambil buat kerja tu,,, aku dengar 2 album baru ni (beli semalam kat Midvalley semasa ke San Francisco Steakhouse)
Album Tompi ni aku suka dengar sebab lagu dan vokal dia menarik.. macam suara kanak kanak nak akil baligh yang kategori merdu. Rentak R&B dan jazz artis Indon ni memang menarik sekali. Elegant kan dia punya cover??
Zahid tampil dengan album baru .. Baru "08. Aku memang suka style suara dan gaya Zahid sejak AF lagi. Ok mengaku la .. pernah jugak pakai baju oren waktu pergi tengok dia perform dulu... tapi sekarang ni kalau pakai lagi... buang tebiat namanya. Lagu Baru dan Hadir dirimu.. kelasss.
6 comments:
Tompi...errrkkk..tak penah dengar la namanya bro..tatau dari mana tuh?
orang indon la... unik suara dia tau.. kalau album dulu tu lagu "salahkah' sedap sangat. Dia pernah jadi jemputan waktu konsert Sunburst KL dulu. boleh tahan la ngetop dia di Indon.
Bro, mana boleh bagi klue..tapi dia memang pelakon popular...
KC
Hi! I bought Tompi CD fr Jakarta. Very nice one and cheap too - 50,000 rupiah (About RM18). I should have bought more CDs when I was there.....LOL! I got Di3va and Peter Pan as well.
Kapan u ke Indon? Nak kirim beli CD? :)
ehh tompi memang best.. walaupun dia pendek.. opss rendah.. tapi suara merdu banget.. :D
KC : ala..bagi la nama satu drama/filem yang dia pernah berlakon??
MAxx : July i pergi Jakarta lagi..memang pun i nak beli CD indon banyak banyak tambah lagi duit dia orang jatuh.
ekin : setuju 100 %
Post a Comment