Wednesday, June 18, 2008

Hari Untuk Misiku

Rabu ni sebenarnya aku post call... tak larat..sebab tu tak de post semalam. Ada bad case of Pneumocystic carinii pneumonia in immunocompromised patient. To clinch the diagnosis tu berdasarkan klue tu lah yang perlu untuk seorang bakal pakar perubatan.. aku hampir di situ. Berkat diktator aku .. ha ha.. klinik hari ni habis 1.30 pm (selalu 4-5 ptg,sehari suntuk). Bos pun terkejut.. Caranya.. aku paksa semua MO turun awal.(mentang mentang dah ada kuasa sikit tambah bos pun approve kuasa itu.). straight to issue/ curarent problem and management and NO unrelated sembang kosong sebab kalau MO aku asyik korek grand mother /grandfather story jeerr.. tulah klinik habis.lambat.. pernah sampai maghrib. Lepas klinik.. bos aku . Prof Oteh,, buat makan makan sempena sambutan Hari Jururawat sedunia untuk semua jururawat dan staff unit kardiologi HUKM.. Baiknya bos.. moga murah rezeki. Bos contoh yang sentiasa meraikan orang bawahan. Aku senang sekali !!!

Sebenarnya setiap perkerja kesihatan saling memerlukan dari tahap konsultan sehinggalah ke pembantu am kesihatan.. Semua berperanan dalam memberikan khidmat terbaik kepada pesakit. Kami.. doktor ajer tak boleh nak buat semua kerja. we are clinician ..support staff memang penting.. tapi huh mana HARI DOKTOR SEDUNIA??? tak der pun..not fair.


Yang baju merah ros .. aper ker kolor namanya.. berpangkat Ketua Jururawat aka sister. yang ni sister High Dependency unit dan Cardiac care unit di HUKM.. ramah mereka ni... dan yang pakai baju putih cream tu jururawat terlatih. Keraian di peringkat unit penting sebenarnya bagi merapatkan silaturrahim dan kerjasama yang padu (work as a team, everyone has equal responsibilty).
Makanan tengah hari selera masakan kampung memang favourite aku.. dengan sambal belacan aiyoo.. Tengok betapa ukhuwahnya gambar ni.. ada PK, ada staff nurse , ada medical officer , ada house officer , dan ada cardiologist... , registrar yang tengah ambil gambar (akulah tu..)



Ni kaunter kat cardiac care unit... Jururawat jururawat kat CCU aku yang tangkas, cepat, efisien dan paling penting mesra dengan pesakit.. itu yang penting. Seronok bekerja dengan mereka ni.

Ni .... pembantu perubatan ...Kak Laila (paling senior... aku pun belajar difficult Echocardiogram dengan dia), Salwani dan Hidayah.. .. Memang memang cekap kalau bab echocardiogram.. tetapi a clinician will interpret the overall condition dari aspek clinical.. we have that extra thing.

Ayam masak merah ni sedap gilerrr.. Aku bantai 4 ketul tambah daging lagi.. nak sedapkan hati cakap la sumber protein for muscle growth.. ha ha. Tapi kek kat bawah ni aku tak sentuh langsung.. just gambar ajer... ooo tak leh nanti diet aku lariii. Rasa tak relevan pulak kalau aku obese tapi nak nasihatkan pesakit jaga makan.. boleh ker tu??


Kepada MISIku... Selamat Hari Jururawat .. Kerjalah baik-baik dan penuh dedikasi dan professionalisme.


5 comments:

@xiM said...

Nanti ko invest la sambutan hari doktor sedunia plak yek...baru lagi meriah nanti...suka la misi misi tuh ada org duk rai depa...by da way ayam masak merah memang sedap...kalau pi kenduri kawen memang tu jer la yang aku amik..tak minatk gulai gulai daging nih..haha..Selamat bekerja dengan penuh dedikasi dan proffesionalisme...

M@x said...

I wonder where did the word "misi" come from? Miss? Missionary?

Happy Misi Day!

SYUKS said...

Axim : tu lah... doktor tak de saper yang kenang... aku nak jadi misi lah cam ni he he he

Max : Ye la... i tak tahu the word come from..anyone ada idea tak??

Wahidah said...

hurm...nurses day ade pun sbb mengenangkan florence...n sya pun tk tahu knp tk de Doctor Dya..tp normally time nurses day..suemr peringkat celbrate bukan nurses jer..kira hari sumer bersama la..hahaha

Anonymous said...

hai Doc Syukur,jangan kerana tiada Hari Doktor merajuk nak tukar profesion...apapun jawatan kita...percayalah ALLAH Maha Mengetahui tujuan kita....