Khabir Bhatia. memang tersohor... penghasilan epilog tiga kisah ni cukup menyentuh hati. Umpama lagu The Lima yang turut dalam runut bunyi kisah ini ,
Di dalam mimpi kita berdua, mesra bersama dilamun cinta..
Oh tetapi keadaannya, aku sedar kau ada dia....
Kalau nak dengar lagu ni..boleh klik aje dekat blog aku ni..serius... meruntun jiwa.. Sebenarnya warkah Khabir Bhatia memang aku expect something yang sebegini... filem yang rasanya mengangkat martabat filem melayu..
Sepi dah ditonton dua kali... first time minggu lepas... tapi waktu tu tengok dalam keadaan letih..so aku tengok lagi hari ni dengan seorang rakan karib...tak leh beritahu sapa sebab member kita ni.. mmmmm.. terisak-isak keluar panggung.. Siapa ??? Secara keseluruhan.aku kagum dengan sinematografi yang indah, bait kata yang bermadah, emosi yang menerjah... dengan lakonan mantap pelakon senior...walaupun rasanya Baizura Kahar dan Syed Hussein nampak sedikit terlampau mencuba dengan watak yang diberikan. Afdlin tetap pelakon terbaik !!
Kisah
Imaan ni boleh terjadi kepada sesiapa yang ada PTSD (Post Traumatic Stress Disorder) sehingga halusinasi menghantui diri sehingga tidak membenarkan cinta baru kedalam jiwanya.. Itulah cinta sejati sebenarnya...tetap dikenang walaupun dipisah dua dunia. Lakonan Pierre memang seperti disangka. Sebagai manusia kita harus redha dengan takdir dan hidup perlu diteruskan..Cerita ini ringkas tetapi berseni yang penuh dengan rona hidup yang kita alami sehari-hari.
Kisah
Sufi sku hitungkan antara kisah paling sedih dalam tiga kisah ini.. Masih terngiang dialog..I LOVEU,I LOVE YOU TOO , I LOVE YOU THREE...sweet.. sebuah keluarga harmoni yang berakhir dengan dengan tragedi ditemukan dengan sebuah wanita yang inginkan kebahagiaan dengan adanya zuriat . Bermula dengan pelarian yang tak berhujung ,ditemukan oleh sebab kasut sukan yang terkoyak....lalu membibitkan rasa cinta seorang duda kematian isteri dengan isteri orang...Kompleks kisah ini... mengapa perlu ada cinta lain sedangkan pada zahirnya dimiliki orang lain ??? Kenapa hidup berdekad usia menghitung hari meneruskan rasa cinta di usia menjelang senja..??Kan lebih baik berterus terang dari memendam rasa..mmmm.Lakonan Eja dan Tony Eusop cukup cemerlang...
Kisah Adam.... harus bisa berlaku pd pria hari ni....mengharapkan hari langsung diri sendiri yang tak kunjung tiba. Bait `Mengapa harus bertemu kalau semata untuk berpisah ??"aaa...cukup menggambarkan kisah ini. Dua kisah terakhir ni membuktikan walaupun kita dirantai ikatan, tak semestinya ikatan itu dizahirkan dengan cinta yang mendalam. Lakonan Afdlin dan Vanida memang dalam kelas yang tersendiri..Terlalu gah dan besar impaknya. Tapi happy ending kisah ni menyebabkan aku rasa gembira kerana dua hati bersatu akhirnya..
Sepi ??? Ohhh Tuhan... jauhkanlah aku dari kesepian kerana konotasi nya jiwa kosong yang parah..Kembali kekasihku..kembalikan surgaku (petikan dari buku Khalil). Karya ini bukan sebarang karya biasa... emosi yang dibangkitkan cukup bergelora..memberikan satu impak yang maksima.. wajah baru dimensi filem negara.
Untuk memahami tulisan aku untuk entry ini... tontonlah SEPI kerana jangan ingat sepenuh hidup kita dipenuhi gelak ketawa... tunggulah saat SEPI yang berkunjung di hati kita jua....