Sunday, July 20, 2008

Baik Banget....Indonesian Pick..

Sebenarnya plan nak ke Jakarta dan shopping serta borong album Indonesia ni hujung bulan ini tetapi terpaksa dibatalkan sebab kena pergi course di Bangkok hujung minggu ni. Sementelah Hamdi dan lain lain pergi ke Jogja, so aku pun kirimlah kat dia. Tapi frust jugak album baru Marcell dan Agnes Monica tak ada pun dijual di sana. Kalau Jakarta mungkin ada ya...Tak pe lah nanti aku kirim kat maid member member aku yang nak balik kampung kejap tu.. ha ha. Fuh... dah tengok preview gambar yang di snap di sana dalam laptop Hamdi, marveles... tak sabar nak tunggu Hamdi dan Abang Bear upload kan photo tu dalam blog dia orang..Paiti paiti... he he..betul ker bahasa Cina aku ni..mmm kenaper pulak aku meroyan cakap Cina ni. ?? Mungkin fasiu kot.. cakap Cina lagi.. ha ha..


Tohpati ni aku kenal lebih kepada producer lagu..tak tahu pulak dia ada album sendiri. Pernah chat dengan dia bertanya pasal inspirasi muzik dia dalam Facebook. Sungguh merendah diri orangnya. Sampai bini dia pun jadi Facebook friend aku. Pernah juga dia cipta lagu untuk Siti Nurhaliza dan beberapa artis Malaysia yang lain. Pernah dia nak kasi seat untuk Konsert dia di Jakarta kalau aku pergi sana.. Wow !!

Album cover Dewi Sandra ni memang lain dari yang lain. Paling suka opening track dalam album ini....lagu rancak I Love You....bersemangat dengar ..

Belum dengar lagi album ni...ni Hamdi yang beli, aku pinjam nak copy..ha ha... Sebenarnya pernah tengok showcase kumpulan Ada Band ni dulu semasa di Jakarta... gerek sih...best.. lagu dia orang yang aku ingat sampai hari ni.....Kerana Wanita (Ingin Dicintai),,lagu yang membuatkan aku lebih hormat pada wanita

Afghan ni penyanyi baru kat Indonesia.. Hamdi punya jugak ni..aku pinjam sebab terkesima dengan lagu dia dan vokalnya yang lemak merdu....Best dan berbakat...


Last sekali...Delon Thamrin punya album Perasaanku... Dia pernah jadi Naib Juara Indonesia Idol suatu waktu dulu... Delon ni rajin update Facebook dia dan hantar invitation untuk segala aktiviti dia ... Baguslah macam tu... Ader ker artis Malaysia cam tu ???

10 comments:

@xiM said...

wow looks like somebody really enjoy music dari seberang....well,they produce good music but lets give support to our local music..hehe

*i know this sound klise but sapa lagi nak sokong rtis malaysia kalau bukan kita kan...:D

HAve a good monday to you doc!!

SYUKS said...

Thank you Axim..... ntah kenaper i like seberang punya muzik lebih ...mungkin muzik mereka lebih tulus dan bersandarkan bakat dan setiap mereka ada keunikan tersendiri la..
Anyway tetap sokong jugak artis Malaysia...

M@x said...

Hey Syuk,

I dah kirim kawan I yang nak ke Bandung lagik. Ressa, Afgan, Marcell, Two Triple O, Aditya semua ada. Hope to get my copies soon.

My current fave song is SADIS by Afgan. Great voice. And this fellow is just 19 years old!

Axim,
Kalau nak support local pun biarlah berpada pada kualiti nya. Those indon singers are really GOOD! That's why I kisah beli yang ori walau kena kirim kawan.

CATZ said...

wah..doc syuk ni sgt berpengetahuan dgn singer dan music dari seberang. enjoy their music ya?
hem..agree juga dgn pendapat u ols, the indonesian music sometimes briliant lah idea melody dan lyricsnya..musicnya sgt berkualiti...
hope Malaysian will produce the same kualitas.

SYUKS said...

MAx : agree with you 100 %. Oooo lagu SADIS tu best jugak tetapi my Afghan fav song tu.. Terima Kasih Cinta.. merdu banget dong..he is one of the talented in Indonesia current music scene. Dari segi sikap pun patut dipuji artis Indonesia..
Max... u can visit KC Ismail blogspot (Suria FM Dj tu ) at my link.. dia selalu letak lagu terbaru Indonesia..kalau u dengar dia cakap Indon power habis pekat Indon .. he he


Catz : Dah lama Catz I minat muzik Indonesia ni.. fresh dan tak lekang dengan idea.. tak muzik mereka jujur.. kalau tengok sendiri pun mereka sebenarnya belajar apa itu MUZIK dan punya qualification mereka tersendiri.cthnya Kerispatih dan Nidji..tak macam artis Malaysia.... asal ada muka cute mute sikit suara gegak gempita pun nyanyi jugak... Pernah pergi Festival Sound Adrenalin di Anchol Jakarta 2 tahun lepas..kagum dengan kesatuan muzik mereka tak nampak dengki mengdengki.

PUTUBAMBU said...

lagu2 diorang mmg best2..!

member putu pun kalau nak beli cd orginial artis2 kita or artis2 seberang/omputih...dia suka kirim kat kengkawan dia yg berjalan ke Indonesia tu..

Josh said...

it's Fai-ti. Fai=cepat, ti=sikit. So, maksudnyer cepat sikit dalam dialect cantonese. Fai-ti, Fai-ti. hehehe..

I love Mike's song. Dia ada keluar album ke?

SYUKS said...

Putu : memang murah kat sana tu... sebab tu borong CD kat sana ,... tambah pulak indon mata wang dah jatuh banyak.

Josh : Thank you Josh sebab betulkan.. Fasiu tu betul kan ?? demam ??
Mike has his own album album... nak pinjam ker ?? suara dia unik.. nyanyi macam nak nangis gitu.. he he

Najib Ariyan Ali Basha said...

memang patut Syuk kalau ko borong dari sana... kat sana tu memurah cd cd nya... tak terbanding lagik... kalau diaorang kat kedai cd siap test sendiri lagi pas tu beli macam berkotak banyaknya... tapi sebab kecik kan, so tak lah kisah sangat... tunggu yer pasal gambar gambar tu... beribu ribu banyaknya... nak sorting pas tu nak edit pas tu nak pilih.. pas tu nak tu pas tu nak ni... tunggu yer

Josh said...

Syukur, kalo demam tu Fatsiu. Eh, Syukur ada album Mike Mohede ke? nak pinjam, nak pinjam!.... erm... nak burn boleh? hahahah