Monday, July 14, 2008

Rona Hidup Insan.....3 Kisah...


Karya Khabir Bhatia yang berbentuk penceritaan pelbagai kisah merangsang aku untuk menulis hari ini.. Sesungguhnya , sepanjang kerjaya aku sebagai doc... pesakit dan keluarganya merupakan kisah menarik untuk penceritaan dan ikhtibar semua insan. Rona hidup , susah payah, kasih sayang dan pengorbanan sememangkan tunjang kepada 3 kisah yang aku akan ceritakan serba ringkas yang terpahat dalam ingatan aku sentiasa .
Kisah # 1 :
Suami penghidap AIDS dan isterinya yang senantiasa di sisi...setiap masa tanpa jemu si isteri menemani. Hayatnya cukup kuat. Walaupun berbekal CD4 yang dua digit cuma dan pelbagai infeksi opputunistik..pesakit AIDS ni bertahan 2 bulan di wad...sesuatu yang diluar jangkaan prognosis... Mungkin cinta mereka menguatkan pesakit. Itulah cinta sejati..walaupun kecurangan suami, si isteri tetap setia . Tak pernah si isteri menghitung hari bila si suami akan menghadap Ilahi tetapi saban hari bertanya adakah si suami akan bangun berdiri...walaupun dia tahu kami hanya cuba mengubati..yang lain lain kuasa Ilahi. Mungkin ada yang jijik melihat si suami tetapi saban malam tangan mereka menggengam erat satu sama lain... Takdir Tuhan menjelma juga satu hari.. barangkali penderitaan harus dinoktahi. Raungan si isteri tatkala kami sahkan.. yang si suami pergi tak akan kembali. Si isteri akhirnya menjadi penghuni wad psikitri..adakah cinta dibawa ke mati ??????
Kisah #2 :
Kisah si ibu dan anak lelaki ... si ibu tenat di wad ICU.. pelbagai sakit dan infeksi... Si anak lelaki ni baru pulang dari luar negeri dengan tujuan sujud di kaki ibunda..memohon maaf dari kesalahan besar yang dilakukannya.. Kes ni miracle !!! Aku tak menduga si ibu bangkit diakhirnya.. Saban malam , siang si anak memegang tangan ibunda..memohon maanya yang terhingga..di saat air mata menggenangi gelodak jiwa. Ahhh anak kenapakah larangan ibunda juga yang dibuatnya sehingga menjadi kekesalan diri... Akhirnya satu hari.. berkata si anak muda kepada aku .... " doktor ..Tuhan itu Maha Mendengar... andaikata ibunda yang tak pernah berdosa digantikan tempatnya menghadap Yang Esa... izinkan saya galang gantinya..kerana rasa berdosa saya..tak bermakna tanpa mendengar lafaz ibu memaafkan saya. doktor ...doktor pernah salah pada ibu ???." Aku cukup kelu mendengar kata itu...Umpama pentas sandiwara.... si anak bertemu ajal dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari hospital satu hari... selang minggu..si ibu menampakkan perubahan yang ketara sehingga keluar dari sakitnya. Galang ganti ?? Mengetahui di sebalik cerita ..si ibu berkata " wahai anakku...aku sudah memaafkan kamu sejak dari mula....sambil hiba mengusai jiwanya..
Kisah # 3 :
Pesakit leukimia yang agak manja pada mulanya dan seorang bapa yang mahukan terbaik buat anak lelaki tunggalnya. Saban hari tanpa jemu..dia menemani anaknya ..harapan keluarga.Keakraban mereka sekeluarga buat aku yang merawat pun rasa sebak di dada. Asyik bertanya si bapa ``Doktor.........apa alternatifnya ??? tolonglah doktor...seluruh nyawa dan harta saya untuknya.....kasihnya bapa itu seolah olah mengundang aku sendiri umpama anak angkatnya... mm tak boleh aku harus professional.. Aku kagum melihat si bapa tak pernah minitiskan air mata di hadapan anaknya tetapi berjurai titisan air mata tatkala si anak dibuai lena... itulah kasih bapa...Aku terharu sebab kata aku sahaja yang didengarnya... Mereka ke Singapura ..kerana gagal untuk match donor transplant di dalam negara dan selepas itu kami jarang berjumpa cuma sesekali berbincang di telefon . Ajalnya datang juga..suatu hari bapa menjemput ke pengkebumian arwah... aku pasti luluh hati si bapa tetapi untuk meredhakan sesuatu ketentuan itu lah bukti kasih yang tak terhingga.
Di sebalik 3 kisah ini....sebagai pengamal perubatan...aku memahami setiap pesakit ada penceritaan mereka sendiri...dan kasih yang yang mengasihi......

19 comments:

risyams said...

Dr Syukur, mereka ni semuanyer patient kita, kan....membaca pun mampu menitis airmata...apatah lagi berhadapan sendiri dengannya...

kisah 1: itulah namanya CINTA sejati...

kisah 2: ALLAH Maha Pengampun lagi Mengasihani...andai MATI itu boleh dipinta, biarlah diri ini terlebih dahulu pergi...tak dapat bayangkan hidup tanpa IBU...ibu tiada ganti..

kisah 3: kasih IBU membawa ke Syurga, kasih bapa sepanjang masa..pada aku, kasih mereka tiada bezanyer...

M@x said...

Wow! What touching stories. Sob!

I have encountered doctors who have claimed that they seen it all...Too jaded or immune to all the sufferings that they don't easily surpised to anything anymore.

Anyway, keep up the good job! We need more doctors like you. Cheers :)

suesamsudin said...

n3 yg buat airmata su menitis seperti hujan lebat ptg smlm...sama spt hati su lara sejak smlm....kisah pertama, hati seorang isteri yg sgt mencintai suaminya walau suami prnh buat onar,mengingatkan su pd kisah lalu....syukur Allah sayangkan Su, kalo x, su pun join pompuan tu gak....salam perkenalan doc....

axim said...

mmmm cerita number dua tuh aku paling suka....sebab nyawa si anak jadik galang ganti untuk si ibu kembali bernafas..

apa kata hantar skrip ni ke khabir bhatia,aku cadangkan nama filem nih-TITIK.

ntah,ok tak tajuk tuh?aku kasi tajuk cenggituh sebab sumer watak mati kut..hahaha...

Catz said...

doc syukur,

u seorang penulis yg sgt bagus. u sgt berbakat.Kalau kabir bhatia baca blog u mungkin dia akan buat skrip utk kisah ini, dan mana taukan pilem ni meletup kan..

doc, serious i hampiur menitik air mata baca kisah yg u tulis. Kisah yg sgt tragis and cara u tulis memang sgt menyentuh hati..

ehm..i nanges ni..
ye i agree..semua mereka ada kisah sendiri.
semalam saya di HUKM, menunggu di luar labour room. Tunggu adik. Lama juga. tiba-tiba nampak sekumpulan docktor dan nurse sedang tolak troli pesakit dgn tangan doktor pegang patient dan tiub apetah, mcm kritikal sgt..dgn nampak darah keluar dari mulut etc..dgn tiub2 dan mereka tolak troli dgn laju sgt..dan saya nampak keluarga pesakit itu sedang ngangis2..buat i jadi insaf..
mungkin pesakit itu satu2nya yg menyara keluarga.who knows kan...sedih sgt..
dan macam2 saya nampak sepanjang setengah hari di hospital. u yg hari2 di hospital lagi lah kan..
hem..setiap insan di dunia ada kisah sendiri kan...

Zuridah said...

Syukur,
sedihnya I baca this entry.I kagum serta high respect pada doktor sebenarnya. Selain dari bijaksana,u all melakukan satu tugas yang amat mulia...tak semua orang boleh membelek pesakit yang ada masa dalam keadaan mengelikan...dan dalam masa yang tertentu korang akan jadi tempat untuk luahan perasaan...ada masa I wish I can be a doctor...supaya boleh rawat my parents sendiri...tapi tu lah dulu suruh belajar tak mau...nak gak keje kat MAXIS...sekarang harapan nak suruh anak2 plak contohi seperti Doktor Syukur... :)

PUTUBAMBU said...

ish..ish..sedihnya...
mengalir jugak air mata aku membacanya...

mulia dan besar sungguh peranan doktor..selain merawat pesakit..
juga sebagai teman berbicara...

syukur said...

Semua ini kisah benar yang tak dapat saya lupakan sepanjang kerjaya dan berasa bertuahnya diri saya sendiri kerana ada yang saya miliki sekarang... Terima kasih kerana anda yang memberikan komen juga terbukti golongan yang mempunyai rasa dan jiwa yang sama seperti saya... Thanks again ..


Risyam : yes memang untuk ketiga tiga ni saya sungguh sebak .... nilai dan rona hidup tiga kisah ini mmebuat saya bersyukur seadanya...

Max : Thanks Max.. i try to be one of the good doctors... who has heart and soul to carry the job well.

Sue : Hai Sue thanks for adding me up in Facebook.. glad to hear from u.... i ll link your blog in mine later.....terima kasih kerana membaca bingkisan 3 kisah ni..

Axim : Titik ??? kau ni Axim... entry ni dilarang buat kelakar tau.. he he. Tapi errr kalau Khabir Bhatia suka cerita ini..aku boleh elaboratekan lagi ..tambah pulak Melly Goeslow buat soundtrack dia..mesti malatopssss.

Catz : thank you Catz...there are some heartless doctors yang buat tak kisah dan join health business for the sake of money and popularity... as a doc...always has nightmares if my own patient critically ill...dun know why.

Zuridah : Thanks Zu... tapi kerja kat Maxis pun ok jugak kan?? didik anak u untuk jadi doktor nanti ok.. boleh jadi i punya protege..

Putubambu : thanks ...memang good conversation skill antara pesakit dan doc perlu dalam kerjaya kami seharian...merawat semua pesakit sama rata.. selalu bertanya.. have i done enough for my patient ?? everyday..

Inah said...

doc..entry ni buat inah menangis :(

kesemua kisah ade kesudahan yang tragis :(

:(

arsaili said...

salam...perjalanan setiap insan sudah pasti berbeza dan ada yg diuji dengan pelbagai ujian dan ada yang berhadapan dengan kegembiraan tapi yang pasti ALLAH tetap sayangkan semua makhlukNYA. salam kenal

Josh said...

This entry is beautifully written. I got to say it's very touching...... aiyo... buat Josh menitis air mata lepas baca....

PUTUBAMBU said...

i think you've done a good job..
as a doctor..
as a friend..
as a counsellor..

NORA SAKURA said...

doc..
message well-written and conveyed.

syukur said...

Arsaili : salam perkenalan juga saya hulurkan... thanks... yeah.. Allah maha Penyayang

Inah ; sememang nya tragis....inah

Josh : ye ker Josh boleh menangis ni ....
tak sangka lah pulak...


Putubambu : Thanks Putubambu... i try to be good one like you said but still a lot thing to improve. kirim salam dekat Ilyana ..dia pun ade blog ker???

Nora : Thank you.. visited your blog too...member Catz ker??

PUTUBAMBU said...

Doc Syuk, dia (Ilyana) takde blog.. tapi ada facebook

Kembara Musafir said...

really nice entry... tak la nanges but touched...:) Doctor Syukur, first, senyum sket...? (jgn mahai sgt senyum tuh.. hehehe..) 2nd, buatlah entry yg hepi2 atau kelakar2 also... funny stuffs that you have encountered while at work... (err... kelakar stuffs is banned one huh at this blog? aiyooo...).

syukur said...

Putubambu : yeah i dah add dia dalam my Facebook...dulul sekolah sama dan duduk kat Perlis pun tempat yang sama..

Kembara Musafir : tak lah ban... tapi i masukkan semua sekali.. suka duka, gelak ketawa, hepi2 dan kelakar kelakar... sebab hidup tak lari dari semua perasaan dan emosi semua tu ker...
ye ye.. i akan cuba senyum ... he he... kembara musafir tolong buat lawak untuk i senyum boleh tak ???

Ekin said...

Am speechless. i donno if i were to be somebody in that situation.. (because am not that tough compared to all people n characters in ur stories).. and am so glad that i dont hv to go thru these situations..

Whatever it is..this is good writing, spontaneously written i guess. luv is a must and everywhere.. :D
hv a nice day.

Beruang Madu said...

Syuk... tersentuhnya perasaan aku nih.. sedihnya... satu hari nanti aku nak menulislah segala miracle yg pernah datang dalam hidup aku... aku tersentuh kisah kedua sangat sangat... apa kan daya...