Tuesday, September 2, 2008

Kisah Restu dan Dinda


Kisah Restu dan Dinda tak ada dalam naskah versi Malaysia filem adaptasi Cinta ini. Hari Sabtu yang lepas terlayan lagi DVD ni... entahlah tak jemu di ulang berkali-kali.. Nak beritahu sikit pasal kisah ni kepada sesiapa yang tak tengok filem ini. Restu (Irwansyah) jatuh cinta pandang pertama kepada Dinda (Wulan Guritno) di halt menunggu bas yang sinonim dengan bandaraya Jakarta. Begitu luhur dan sucinya cinta pandangan sekilas ni ...berlakukah dalam dunia hari ni ?? Kuntuman bunga bertalu talu dari pengguna halte kepada Dinda dari Restu cukup romantis.. tapi mengapa Dinda cuma mampu berkata dia bukanlah pilihan yang tepat untuk Restu..berkali-kali diulang tetapi Restu tetap tak mengerti.
Ada hati...ada cinta...ada rasa....getarannya pada paksi yang berbeza... mmmm akhirnya Dinda merelakan kebenaran mengapa dia bukanlah pilihan secocok . Dia menghidap kanser (Kanker) yang menjalani kemoterapi dan berselindung disebalik wig dan dalam peringkat kanser terminal. Dia tak mampu jatuh cinta kerna sebab itu..tapi mengapa hatinya berkata ; cubalah rasa cinta itu walau sekelumit masa... Ajal memisahkan mereka sebaik Restu membisikkan Dinda yang separuh koma
" Walaupun kamu tidak sempurna tapi kamu paling cocok yang mampu membahagikan aku...."
Puitis dan sejenak...dendangan lagu gemersik " SEMPURNA" nyanyian Gita Gutawa bergema..akhir sebuah cerita..begitulah noktahnya...

8 comments:

Ms B said...

This reminds me of Ayat Ayat Cinta. The second wife had feelings for him for a long time. She died in the end.

BUt is there such thing as love at first sight these days? hmmm.....

By the way, salam ramadhan to u!

PUTUBAMBU said...

sayunya..

tapi putu belum tgk lagi..nak gi jugak le carik DVD nya nanti...

axim said...

hmmm does tHis filem much better than SEPI??

Inah said...

best ek filem ni..kena cari utk didownload :)

syukur said...

Mrs B : Salam Ramadhan to u too..belum tgk lagi Ayat Ayat Cinta tetapi orang cakap best tu... nantilah i cari DVD dia...

Putubambu : memang syahdu cerita dia..tapi pace filem ni agak cepat jadi sebelum tgk lagi kena feel dulu dan amati betul betul bait kata dia...baru best..


Axim : Ke dua dua nya lain walaupun garapan dari pengarah yang sama. Temanya pun sedikit lain..Terpulang kepada penonton yang feel nya lebih ke mana..

Inah : yeah hayatilah ....


Apsal skema sangat jawapan komen aku hari ni ??? Apo dah Kono ni ?? He he he

Catz said...

hi doc,
syahdu sungguh review nya...rasa terpanggil utk menontonya..mana nak cari dvd nya ye?

Ekin said...

Ms B: luv at first sight.. it depends laa. kalau tak takkan proverb "dari mata turun ke hati" ada dalam filem melayu. ihiks. (Whateverr ekin)

Wah cerita nih di tonton berulang..? Ekin tak pernah pun tengok cerita nih.. macam menarik.. luv at first sight..tapi paling best words in RED tuh.. so touchy and i'll cry if i read it repeatedly..

syukur said...

Catz : boleh terdapat di mana mana gedung CD.. he he.. kalau tak jumpa juga boleh pinjam saja dariku...

ekin : I think it is still difficult to fall in love at first sight.. tapi ketentuan tu bukan ditangan kita dan bukan kehendak kita.. jika ia datang..memang tak mampu nak tolak ! well word yang RED too.. i almost cry too.. he he..SENSITIF bangat !!