Sunday, August 17, 2008

Al Fatihah... Semoga Tenang Di Sana

Entry ni tanpa gambar... Aku masih lagi kat Langkawi semasa terima missed call dari satu nombor yang tak dikenali..Selalunya aku tak peduli..tetapi detak hati berkata ..REPLY IT...tut tut..rupanya panggilan dari bapa kepada Adik Ridzun, pesakit Acute Lymphoblastic Leukimia sewaktu aku buat posting haematologi dulu.

Berita yang memilukan sekejap hati aku. Adik Ridzun telah pergi buat selamanya-lamanya. Rasanya baru semalam Allahyarham adik Khairi Syafiq , juga pesakit ALL pergi meninggalkan dunia fana ni..Kedua dua pergi sebelum menerima pemindahan sum sum tulang. Kedua dua mereka antara pesakit yang istimewa dalam kamus hidup aku sebagai doktor.

Aku tak mengerti ... antara banyak banyak doktor dan konsultan yang merawat..aku yang dihubungi oleh kedua dua bapa untuk memaklumkan dan berkongsi kesedihan...terima kasih kerana memberitahu dan begitu mempercayai ...doktor hanya manusia..tak mampu untuk menghalang ketentuan yang Esa..

Adik Ridzun seorang yang cukup pintar..di saat dia menerima rawatan kemoterapi..dia masih mampu study untuk SPM dan mendapat result yang cemerlang sekali..cita-citanya mahu bergelar DOKTOR juga...Aku masih tak lupa..dia pernah berkata : nanti Dr Syukur jadi konsultan besar saya yer ....jawab aku..InsyaAllah .. Semangatnya cukup menjadi perangsang untuk aku jua..

Kepada keluarganya,, salam takziah..moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana. Tatkala aku menulis....sebak sungguh meruntun jiwa...Walaupun kami bergelar DOKTOR..tetapi kami insan biasa..punya jiwa..AL-FATIHAH

17 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah mencucuri rahmat Arwah Adik Khairi & Adik Ridzun.Both of them were very to close to my heart. Salam takziah & Al-Fatihah.

CATZ said...

Takziah kpd keluarga adik Ridzun.
Sometimes i wonder how u ols doctor face this situation..hem..besar sungguh cita-cita adik Ridzun, catz pun sebak baca entry ni.
Hem..lain dokorlain perasaannya kan.
I have a fren who has sister working as doctor in HUKM. My fren said sometimes her sister said " hemm...bila lah patient XXXXX tuh nak mati..dah teruk tapi tak mati2..penat dah nak attend dia"
i was once shock to hear that she could say that.. and i was thinking that, alahh...doktor dah biasa tgk org sakit nih..dah tak heran dgn org sakit, dgn org mati. Bagi derang takde apa2...that's why dia boleh ckp cam tuh..hemm..
but now i can see a different personality of doctor in you, coz before this i always thinking that org keje sepital ni semua sama je..takde perasaan. Oh...tak sama rupanya. Ada doktor baik hati mcm doc syuk ni...

SYUKS said...

Anonymous : yeah.. i know you are my colleague..whoever you are... treating both of them is simply hard to forget .. but now they are history...

Catz : Thanks Catz...it depends Catz...there are some cases yang kita tak rasa apa apa sebab prognosis yang poor...tapi kedua kedua pesakit ni..had stolen all the doctors' heart treating them..

Unknown said...

al fatihah

at least you did all you can to help and guide them :)

Anonymous said...

takziah & semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, amin

PUTUBAMBU said...

takziah..dan al-fatihah dari putu..!

semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya.. aminn..!!

Josh said...

That's really sad....

Life is so precious that it can end anytime.

SYUKS said...

Budlee : thanks bro..appreciate that


Mr Budie : Thanks...macam mana kenduri adik kau kat kangar tu ??


Putu ; Thanks Putu...love your comment

Josh : yeah it is TRUE, at least i am still breathing to live to the fullest..

Arel said...

takziah..

bersyukur dgn apa yg ada dan dijauhkan dari perkara2 yg x baik.

terima kasih kepada semua doktor2 yg berkhidmat dgn penuh tulus ikhlas..

LadyVanity said...

so sad... my deepest condolences... im sure u hv done ur best...

Wahidah said...

takziah to family adik ridzuan..it alwiz liek taht la syuk..certain time dah usaha sebaik mungkin tp sumer nya di tgn Nya kan...sbr kay...thats life...

Faisal Admar said...

al fatihah buat kedua-dua insan tersebut... amin!

betul doc... doc juga merupakan insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. saya faham perasaan doc di kala ini... saya harap doc tabah ok?

SYUKS said...

Arel : Thanks buddy... weiii kenape aku tengok kau semakin kurus dan cengkung masa Wall -E hari tu ???


Lady VAnity : Thanks LV...

Wahidah : yeah... tak sangka sebenarnya tetapi itulah ketentuanNya

Faisal : Thanks for your moral support.. Kadang kadang ada pesakit yang dah jadi akrab dengan kita sampai rasa sebak kalau mereka dah tiada..

Anonymous said...

Catz, ada ke doctor yg u ckp tuh..? (yaa allah dahsyatnyer..) kalau dpt doctor baik cam Syukur nih.. insya allah sakit pun boleh cepat elok kot.. apa2 pun takziah and Al-Fatihah kepada Adik Ridzun.

~~ casper~~ said...

Al-Fatihah utk arwah...sedihnya kita baca...

@xiM said...

well..that's the fact of life..

people's come and go..but the one in da deepest heart will always stay...

al-Fatihah untuk arwah..

SYUKS said...

Ekin , Sue and Axim : Thanks for your doa dan Fatihah.. i wish he ll be fine there.