Filem Sepi lagi... uuu tak habis habis lagi... lagu lagu melankolik dalam album runut bunyi filem ni memang menghiburkan. Tema lagu amat bersesuaian dengan naskah filem ini.. Lagu lagu dalam album ini dibahagikan mengikut 3 cerita dalam Sepi.. dan anda harus menonton filem ini sebelum menikmati album ini sepenuhnya kerana core album ini berjiwakan filem ini.
Yang bestnya... album ini turut menampilkan lagu lagu baru yang dibawakan oleh indie band seperti CRUSH dan Hubounen. Tapi lagu favourite aku dalam filem ni tentunya Kau Ada Dia (The Lima), Sepi (nyanyian Yuni Shaara , kakak Kris Dayanti), dan Aku Bukan Untukmu (nyanyian semula Zaf dan Lah dari VE). Lain lain lagu pun sebenarnya boleh layannnn...Jika anda suka Sepi...anda mesti memiliki album runut ini..
Masih terngiang puisi indah dalam Sepi :
Bisikku pada bulan,
Kembalikan..temanku..kekasihku..syurgaku.
Tanpa dia malam.. menemani aku..sepi memelukku
Bulan jangan biar siang..biar alam ini kelam..biar ia sepi sepertiku..
Percubaan Pertama , penangan Aizat , bakat realiti AF5. Pastinya semua sudah suka bangat dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu....yang bisa jadi lagu tema kisah cinta sesiapa pun..i like the song very much dengan persembahan vokal Aizat yang yang matang sekali. Terbitan syarikat Aizat sendiri, album ini sarat lagu lagu indah yang tak memerlukan nama nama komposer besar untuk menghasilkannya... Lagu Sahabat sesuai untuk ditujukan kepada semua sahabat sahabat .. Cover album ini pun very beautiful...