Showing posts with label Outing. Show all posts
Showing posts with label Outing. Show all posts

Saturday, September 20, 2008

Hu Hu Cardio Team Out Again For Buka Puasa



Ampunkan gambar pertama yang blurrrrrr habis ni ! Sebab aku dalam gambar tu..jadi yang tukang ambilnya.. ntah sapa aku sambar tah !! Anyway, malam Jumaat lepas, sepasukan team Kardiologi HUKM buka puasa sama sama lagi... dibawakan oleh Boehringer... bertempat di San Francisco Steakhouse KLCC . Beza sikit dengan second gambar ni...padahal setting sama jer.



Sebab boleh bawa spouses dan anak-anak sekali dan maid jugak...so lebih meriah lahhh.. Bos pun hint supaya aku bawa teman istimewa... aku jadi puzzle sekejap....errrrr...he he. best jugak dapat outing macam ni .. menjadikan hubungan kerja tu lebih akrab ..kan ???




Panjangnya meja kami ..tu pun ada satu meja special untuk Prof Oteh sekeluarga. Aku dah kamcing dengan anak Dr. Faizan yang cute mute tu... eee geramnya uncle!!, anak Dr. Ika pulak bercakap tak habis habis.. in English u know !!! Few MO's tak dapat hadir sebab ada yang balik kampung. Semalam pun jumpa balik dengan Poh , Ai Ling, Tony, dan Angeline, Kelvin, Leong dan seorang lagi tu..aaa dah lupa pulak dari Astra Zeneca... dan yang bestnya all the bachelors gather at one side ... buka cerita lain...alamak kurang pahala puasa aku ... he he he.. IT WAS FUN !!!
Food as usual menu kat San Francisco... layanlah gambar makanan yang mengiurkan itu.. he he

Friday nite try la to avoid KLCC.....nak bayar autopay pun 30 minit tunggu..jammmmm..errrr. Thanks Boehringer !!

Wednesday, May 28, 2008

Makan Makan di Tupai Tupai

Hari Isnin lepas...aku keluar dengan rakan rakan sekerja di Jabatan Perubatan. Lokasi tempat makan ni Hamdi la yang cadangkan. Perfect choice... aku suka sangat dengan steamboat buffet style kat sini sambil makan sambil borak borak. Yelah kat jabatan asyik bincang pasal hal hal perubatan jer... so we gossip and talk about something else that night.


Mmmm..malam tu Dr Andrea, Dr Nafisah dan Dr Aizan yang belanja... sebab all of us yang datang malam tu pernah terlibat dalam exam student di jabatan yang mereka incharge. Aku suka sangat dengan Tupai Tupai ini . Mungkin boleh datang lagi nanti...Anyway... gambar kat bawah ni semua yang datang malam tu. Aku melantak habis malam tu... Bak kata Yazid... best makan free ni.


Buffet style dia banyak variety. Ambil sahaja dan letak dalam gravy steambot tu.. Yummy. Meja malam tak penuh mungkin bukan sebab weekend. Sebenarnya ambil gambar banyak sangat tetapi sebab blogspot ni lambat sangat download gambar.... sesiapa yang nak tengok gambar gambar lain..boleh gi my FB yerrr.


Nasib baik malam tu tumpang kereta Shahrazat... kalau aku yang drive mungkin dah tertidur.. haha.